Wednesday, December 8, 2010

Salam Perkenalan

Politeknik Mersing Johor atau PMJ merupakan politeknik ke-25 dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dibina dibawah peruntukkan Rancangan Malaysia ke-9, PMJ memulakan operasi pentadbirannya secara rasmi pada bulan Oktober 2008. Penubuhannya selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia.

Bermula dengan pejabat pengoperasian pentadbirannya di bilik seminar Jabatan Hospitaliti, Politeknik Johor Bahru, PMJ seterusnya bergerak setapak kehadapan dengan berpindah ke Kampus Sementara di Aras 1 Bangunan Perpustakaan Politeknik Johor Bahru. PMJ menerima pelajar sulungnya bagi mengikuti Program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) pada tanggal 11hb Januari 2009.

Seterusnya pada 01 hb Januari 2010, PMJ membuka lembaran sejarah apabila mula beroperasi di kampusnya sendiri. Kampus yang asalnya 5 unit rumah kedai 3 tingkat ini diubahsuai agar memenuhi keperluan dan kemudahan untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran agar berjalan lancar. Pada 12hb Januari 2010, PMJ mula menerima kemasukkan pelajar sulung bagi Program Diploma Sains Kesetiausahaan.

Kampus induk PMJ yang dalam proses pembinaan seluas 122 ekar (49.371 hektar) terletak di KM 3, Jalan Mersing - Kluang, Kampung Pengkalan Batu, Mersing. Kampus bernilai RM199,791,000.00 ini mampu menampung sehingga 2,400 orang pelajar. Pembinaan kampus ini bagi memenuhi program-program yang ditawarkan bagi 3 jabatan akademik utama iaitu Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Kampus ini dijangkakan siap sepenuhnya pada tahun 2012.

Untuk sebarang pertanyaan, pandangan yang ingin dikongsi bersama atau sebarang aduan, sila salurkan kepada Politeknik Mersing, Johor di alamat seperti berikut :

Politeknik Mersing, Johor
Lot 94-98, Jalan Dato Mohd Ali,
Bandar Tepian Sungai Mersing,
86000 Mersing,
Johor Darul Takzim

Tel : 07-7995523
Faks : 07-7991042
Email : polimersing.pmj@gmail.com